Bulan Ramadhan tinggal menghitung hari, mari perbanyak doa, semoga bulan yang suci ini menjadi berkah untuk kita semua,amiiin.
~♥~ Wahai si dia yang
sabar,
Aku wanita yang kadangkala sikapnya
mudah berubah-ubah. Kadangkala tersenyum, kadangkala berduka. Ada kalanya aku
mudah menuturkan kata-kata yang tajamnya seperti pedang dan mungkin tanpa
kusedar, hatimu kusakiti. Maafkan aku sekiranya sikap ini mendatangkan
ketidaksenanganmu. Kerna itu, aku harap agar engkau sabar melayan tingkahku.
Kerna itu jua, aku harap agar engkau sabar menegurku.
~♥~
Wahai si dia yang gagah,
Aku wanita yang sering disinonimkan
sebagai kaum lemah. Meski ada padaku seni mempertahankan diri, kepetahan
mematahkan hujah kata-kata bingit manusia lain, aku tetap memerlukanmu untuk
melindungiku. Aku tetap memerlukan kata-kata luhurmu untuk menyejukkan jiwaku
yang mudah dijentik. Kerna itu, aku harap agar engkau gagah menyelusuri
jalan-jalan kehidupan bersama-samaku. Moga engkau tak jemu.
~♥~
Wahai si dia yang memimpin,
Aku wanita yang kadangkala tidak
tahu arah tujunya. Mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar
kerana hati ini lembut dan mudah cemburu. Mudah sahaja dilenturkan keputusan
yang muktamadnya masih goyah. Kerna itu, aku mohon agar engkau dapat memimpinku
dalam melakukan keputusan. Kerna itu, aku mohon agar sikap pemimpinmu mampu
membawaku bersama-sama melayari bahtera jalannya Allah.
~♥~
Wahai si dia yang masih menjadi kerahsiaan Allah,
Aku pinta kepada Dia untuk kurniakan
aku kesabaran menantimu,
Wahai si dia yang masih menjadi
kerahsiaan Allah,
Aku pinta kepada Dia untuk
memeliharaku dari lincah dunia,
Kerna aku berharap engkaulah
satu-satunya adam yang berhak ke atas diriku.
♥ Sesungguhnya, aku
menantimu untuk menyuntingku menjadi permaisuri hatimu wahai si dia yang masih
menjadi kerahsiaan Allah...♥
kutipan:
http://cintaimutzkhay.blogspot.com/2011/05/pesan-untuk-si-dia.html